Sejarah Maxis Communications Berhad

Binariang Sdn Bhd, yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I, II dan III(bahasa Inggeris: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.

Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasanpenempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membukapasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikianBinariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.

Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Tegas, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakanbahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dan China Mobile dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.

Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.

Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.